dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kursus Asas Videografi bersama LKPIM WP Putrajaya

6 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Julai 2024 (Jumaat) - Satu program Kursus Asas Videografi bersama Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia LKPIM WP Putrajaya telah berlangsung bertempat di NADI Presint 18. Program ini merupakan program kedua bersama agensi ini dan diadakan selama 2 jam 30 minit bermula 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari dan dihadiri oleh 13 orang peserta. Program ini juga dibantu oleh Petugas NADI Presint 9 Fasa 10

Bagi modul ini, Kursus Asas Videografi disampaikan oleh Pengurus NADI Presint 18, Puan Haryati di bantu oleh penolong pengurus dan wakil petugas dari NADI Presint 9 Fasa 10. Peserta yang menyertai modul kali ini berpeluang mempelajari asas videografi, teknik videografi (frame shoot scene, camera angle, camera movement, dan story board), tip video content dan editing video menggunakan Capcut

Bagi aktiviti seterusnya, peserta diberikan masa yang mencukupi untuk membuat tugasan secara berkumpulan untuk mengambil video mengikut modul yang telah dipelajari dan mengedit video tersebut menggunakan CapCut. Dihujung sesi, setiap hasil video rekaan peserta ditayangkan pada skrin utama dan diberikan penilaian serta komen membina untuk sama-sama mengenal pasti kelebihan dan kelemahan sesuatu video yang dihasilkan. Kursus ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama petugas NADI Putrajaya dan peserta dari LKPIM WP Putrajaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2024 Semua Hakcipta Terpelihara.